Bahagian Tulang belakang

Orientation of vertebral column on surface. T3 is at level of medial part of spine of scapula. T7 is at inferior angle of the scapula. L4 is at highest point of iliac crest. S2 is at the level of posterior superior iliac spine. Furthermore, C7 is easily localized as a prominence at the lower part of the neck.[1]

Serviks

Nota: Untuk maklumat terperinci, lihat vertebra serviks

Tulang ini biasanya kecil dan halus. Cuaran spinanya pendek (kecuali C2 dan C7, yang mempunyai cuaran spina terpalpatkan), dan kebiasaannya bifid. Tulang ini dinomborkan dari atas ke bawah C1-C7, dan atlas (C1) dan aksis aksis (C2), adalah vertebra yang membenarkan kebanyakan pergerakan leher dan kepala. Sendi atlantokssipital membolehkan kebanyakan pergerakan tulang tengkorak ke atas dan ke bawah, manakala sendi atlanto aksial membenarkan bahagian atas lehar untuk berpusing ke kiri dan kanan. Tulang aksis juga terletak di atas turus spina cakera antara vertebra yang pertama. Kesemua mamalia kecuali manati dan beruang sloth mempunyai tujuh vertebra serviks, tanpa mengira kepanjangan leher.

Toraks

Nota: Untuk maklumat terperinci, lihat vertebra toraks

Cuaran spina tulang ini permukaan bersendi dengan tulang rusuk. Sesetengah putaran boleh berlaku di antara vertebra-vertebra toraks, akan tetapi sambungannya dengan sangkar rusuk menghadkan fleksi yang banyak atau ekskursi lain. Dalam konteks manusia, tulang ini juga dikenali sebagai ‘vertebra dorsal’.


Lumbar

Nota: Untuk maklumat terperinci, lihat vertebra lumbar

Vertebra-vertebra ini dibina dengan lasak, kerana ianya perlu menanggung beban yang lebih daripada vertebra lain. Tulang ini membenarkan fleksi dan ekstensi yang ketara, fleksi lateral (bengkokan sisi) yang sederhana, dan pergerakan putaran yang kecil. Cakera-cakera di antara vertebra ini menghasilkan satu lumbar lordosis (kelengkungan yang cekung ke arah posterior) di tulang belakang manusia.

Sakrum

Nota: Untuk maklumat terperinci, lihat vertebra sakrum

Terdapat 5 vertebra (S1-S5). Mereka bercantum sewaktu tumbesaran, tanpa ada cakera antara vertebra.

Koksiks

Nota: Untuk maklumat terperinci, lihat vertebra koksiks

Terdapat 3-5 vertebra (Co1-Co5), tanpa sebrang cakera antara vertebra Kebanyakan haiwan mempunyai bilangan "vertebra ekor" yang lebih banyak dan, dalam haiwan, mereka lebih dikenali sebagai "vetebrea kaudal". Sakit di bahagian koksiks (tulang tongkeng) dikenali sebagai “coccydynia”.